Resepi Kek Puteri Dangdut

 Dihantar Oleh Pada 20 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang 8"x8"x3.5"
Description

Hitamlah hitam..kek nya moist..Walaupun hitam rasanya manis..!hehe.. Satu lagi resepi kek kukus sarawak.. ;)

Share:
Bahan-bahan
  • 450g mentega (sy guna golden churn)
  • 1 gelas gula halus
  • 10 biji telur
  • 1 gelas tepung gandum
  • 2 gelas horlicks
  • 1 tin kecil susu manis
  • 1 botol browning sugar - kalo takde boleh rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/6594
Cara-cara
  1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang/putih

  2. Masukkan telur satu persatu (pukul sekata baru masukkan telur seterusnya) hingga habis..

  3. Masukkan pula tepung gandum,horlicks dan susu pekat manis satu persatu sambil di adun rata. Setelah sebati,masukkan browning sugar dan kacau hingga warnanya sekata..

  4. Masukkan adunan ke dlm loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung atau loyang dlapik kertas minyak.

  5. Pastikan pengukus sudah mendidih. Tutup loyang dgn aluminium foil(jgn ketatkn kerana kek akan naik ketika dkukus)cukup skadar utk mengelakkan air kukusan menitik dpmukaan kek.selain tu,boleh juga ltk kain di atas penutup pengukus utk mengelak hal yg sama berlaku.

  6. Kukuslah adunan kek selama 2 jam ke atas(org kate,lg lama kek tu dkukus,lagi thn la kek tu)..tp sy kukus selama 2 1/2 jam jer.dah sehari semalam kat luar,simpan dlm pt sejuk..mmg thn lama. SELAMAT MENCUBA! :)

Tags 
  •   kek