Dihantar Oleh Pada 19 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: hidangan utk satu famili
Description

masakan bonda dlm versi dayang dan juga masakan wajib pd hari lebaran...

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2-1 kilo daging (dibersihkan dgn air asam jawa dan dipotong kiub)
  • 8 ulas bwg merah (dikisar)
  • 4 ulas bwg putih (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 1 sudu bsr serbuk lada hitam
  • 1 sudu bsr cili kisar
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu bsr kicap pekat cap Popo/Yeos (jika ade)
  • 3 sudu bsr kicap masin (dayang guna kicap Tong Nam)
  • 2 sudu bsr kerisik (buat sendiri)
  • rempah 4 sekawan (cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang)
  • 3 sudu bsr minyak masak
  • 1/2 sudu bsr asam jawa (Adabi)
  • garam, gula dan air secukupnya.
Cara-cara
  1. Perap daging dgn satu sudu bsr bhn kisar, 1/2 sudu serbuk lada hitam dan satu sudu bsr kicap pekat (1 jam atau perap semalaman)

    data.jpeg
  2. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dgn api perlahan. Kemudian masukkan bhn2 kisar serta lada hitam dan kacau sampai terbit bau/pecah minyak.

  3. Masukkan daging dan kacau 1 minit. Masukkan air (1 liter), kacau rata2 dan biarkan seketika (30 minit). Tambah air jika terlalu kering.

  4. Apabila daging masak separuh empuk, masukkan pula 1 sudu bsr kicap pekat(blh tambah lbh jika suka), kicap masin, kerisik, asam jawa dan kacau lg. Biarkan seketika sehingga daging btl2 empuk (blh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat).

  5. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya.

  6. Siap dihidangkan utk seisi keluarga.