Resepi Popia Mini

 Dihantar Oleh Pada 18 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 balang
Description

popia mini yang mewah dengan udang

Share:
Bahan-bahan
  • 300 gram udang kering
  • bawah merah (ikut suka) ditumbuk
  • serbuk cili kering (ikut suka)
  • air asam jawa (ikut suka)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam, gula & serbuk perasa (secukup rasa)
  • *resipi ni perlu guna gula lebih sedikit
  • Kulit popia
Cara-cara
  1. Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu dikisar halus.

  2. Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul.

  3. Masukkan air asam jawa, garam, gula & serbuk perasa. Gaul hingga udang agak kering.

  4. Bila dah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak berketul2.

  5. Cara membungkus popia: Kulit popia dipotong segi 4 dan bungkus macam popia biasa. Atau potong segi empat panjang, isi udang ditengah dan gulung. Kemudian temukan kedua2 hjgnya dan simpul sekali (mcm simpul tali kasut).

  6. Goreng guna minyak yg byk. Kalau bungkus cara popia biasa, masa menggoreng api kena perlahan. Kalau x popia akan liat di bhgn dalam. Kalau jenis yg 1 lagi tu, api sederhana tapi kena jaga2 sbb mudah hangus.

  7. *Tip: tutup kulit popia yg blm dibungkus dengan kain utk elakkan kulit popia jadi keras.