Resepi ?Cheesy Cup Cakesâ„¢

 Dihantar Oleh Pada 18 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 12-15 biji
Description

Dengan resipi asas cup cake,boleh juga dibubuh inti pilihan seperti jem,kaya,mix fruit dan lain2 selain keju.

Share:
Bahan-bahan
  • 200 g tepung gandum (2 cwn rata dan keluarkan 4 sb )
  • 150 g mentega lembut (15 sb rata atau 1/2 buku mentega+ 2 sb rata)
  • 150 g gula kastor/halus (15 sb rata)
  • 2 biji telur - dikocok
  • 2 sk baking powder
  • 60 g cream cheese
Cara-cara
  1. Ayak tepung dan baking powder dan ketepikan.

  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang lalu masukkan telur sedikit2 sambil dipukul terus.

  3. Masukkan pula campuran tepung sedikit2 sambil dikacau dengan senduk hingga rata.

  4. Sediakan mangkuk kertas beralas acuan dan isi adunan kek 1/2 penuh,isi 1/2 sudu kecil cream cheese dan tutup lagi dgn adunan kek.

  5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dulu selama 20-30 min. pada suhu 180C atau ikut kepanasan suhu oven masing2.

  6. **Cream cheese boleh jugak diganti cheddar cheese atau cheese slice yg dipotong kecil,ikut selera.