Dihantar Oleh Pada 17 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8-10 orang
Description

Sesuai untuk majlis perkahwinan atau majlis kenduri kecil2an atau hidangan hujung minggu.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kilo beras basmathi - cuci,rendam 15 min dan toskan
  • 1.5 ltr santan - drpd 1 1/2 biji kelapa
  • 4 batang serai - dititik
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • 5 helai daun salam
  • 5 helai daun limau purut
  • 1/2 jari halia - diketuk
  • 1 1/2 sb jus limau kasturi/lemon/nipis
  • 1 sb garam
  • 2 ibu jari kunyit hidup ditumbuk dan diambil airnya atau 2 sk kunyit serbuk
Cara-cara
  1. Didalam sebuah periuk,masukkan santan dan kesemua bahan2 kecuali beras dan masak hingga mendidih.

  2. Masukkan beras dan kacau rata dan masak hingga kering seperti nasi biasa.

  3. **Jika menggunakan beras biasa,kesemua bahan2 disatukan dalam periuk dan dimasak seperti memasak nasi lemak.Sekiranya tk ingin nasi berkerak,apabila nasi kering bolehlah dialihkan dlm pengukus dan kukus hingga masak.

  4. **Untuk menambahkan seri pada nasi kuning aroma ini boleh juga dimasukkan lobak merah yg didadu dan kacang peas ketika nasi hampir kering,ikut selera masing2.

Tags 
  •   nasi
  • Komen