Resepi ?Karipap Miniâ„¢

 Dihantar Oleh Pada 14 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 130 -140 keping
Description

Sejenis kudapan dan juga kuih raya.Karipap mini yg berintikan serunding udang kering.

Share:
Bahan-bahan
  • BAHAN DOH :-
  • 2 sb minyak sapi
  • 100 ml air
  • 1/2 sk garam
  • 1 biji limau kasturi ambil jusnya
  • 225 g tepung gandum
  • INTI :-
  • 100 g udang kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji lada merah (atau 2 sb lada kisar)
  • 1 batang serai
  • garam,gula,perasa secukup rasa.
  • 3 sb minyak - utk menumis
Cara-cara
  1. Untuk menyediakan doh :-

  2. Minyak sapi,air,garam dimasak hingga mendidih.Masukkan jus limau dan matikan api.Tuang air minyak yg panas ini kedalam tepung dan uli hingga sebati.Diamkan 10 min.

  3. Canai doh nipis2,terap bulat sebesar syiling 50 sen.Isi inti dan kelim kemas2.

    open-uri20151010-29872-1vqwzvq
  4. Buat hingga habis dan goreng terendam dlm minyak banyak sambil digaul2 hingga karipap garing kechoklatan sama rata.Angkat dan toskan.

    open-uri20151010-29872-4e0eko
  5. Siap utk disajikan.Jika ingin menyimpan,sejukkan karipap mini dan simpan dlm bekas kedap udara.

    open-uri20151010-29872-378yse
  6. Untuk menyediakan inti:-

  7. Kisar semua bahan inti kecuali minyak masak hingga halus.

  8. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga kering.Sejukkan dan siap utk digunakan.

  9. **inti ini jugak akak gunakan utk POPIA MINI sejenis snack yg popular pd hari raya....