Resepi Cucur Buah Terap/Pisang,Cempedak Goreng..

 Dihantar Oleh Pada 11 November, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Satu family leh makan
Description

Kalau x jumpa buah terap msk,leh gantikn ngan buah PISANG,CEMPEDAK dsbgnya mengikut selera. Buah Terap adalah buah bmusim dan mrupakan buah tmpatan negeri srwk(dah tanya bbrapa rakan dr smenanjung,diorg x kenal buah ni) ;)

Share:
Bahan-bahan
  • 2 Cawan tepung gandum
  • 2 sudu mkn marjerin
  • 1 sudu mkn gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • 2 cawan air
  • Buah Terap yg msk ranum..(atau pisang/cempedak dll)
Cara-cara
  1. Satukan tepung gandum,marjerin,gula,garam di dalam bekas.

  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dkacau rata mggunakan whisk dan warnakn kuning.

  3. Leraikan isi buah terap/cempedak dan masukkan ke dalam adunan tepung..(kalau pisang hendaklah dbelah 2 atau 3(lg nipis lg sdp))

  4. Panaskan minyak di dlm kuali,sudukan buah yg sudah tersalut tepung sepenuhnya dan goreng dgn minyak yg panas sehingga sedikit keperangan.

  5. Tips: Ketika menggoreng,JANGAN gunakn api yg terlalu perlahan kerana ia akan membuatkan kuih menyerap minyak dan pastikan minyak betul2 sdh panas sebelum menggoreng. SELAMAT MENCUBA! ;)

  6. Inilah rupa buah terap yg msk ranum.Rasa buah ni manis dan isinya lembut.Selain dmkn begitu saja,ia boleh dbuat kuih muih jugak

    open-uri20151010-29872-153rvxl
Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua