Resepi Blueberry Muffin

 Dihantar Oleh Pada 01 December, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: Hasilkan lebih kurang 24 biji
Description

Sesuai untuk minum petang di taman.

Share:
Bahan-bahan
  • 170 g mentega
  • 160 g gula kastor (boleh gunakan gula perang)
  • 4 biji telur gred A
  • 350 g tepung gandum
  • 20 g serbuk penaik
  • 1 camca teh esen vanila
  • Inti blueberry secukupnya
  • Badam keping untuk hiasan (jika suka)
  • Cawan muffin secukupnya (kurang lebih 24 biji)
  • 160 ml susu segar (susu cair pun boleh...)
Cara-cara
  1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen vanila, sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.

  2. Gaul tepung bersama serbuk penaik dan ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu segar hingga habis. Gaul rata.

  3. Sudukan adunan ke dalam cawan muffin, jangan penuh. Isikan sedikit inti blueberry dan tambah adunan muffin di atasnya. Anggaran 3/4 penuh. Tabur dengan sedikit badam keping dan susun dalam dulang pembakar.

  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bergantung pada keadaan oven masing-masing.

  5. Keluarkan dan sejukkan. Nak makan masa hangat-hangat tu pun boleh juga..... sesuai untuk minum petang di taman (kalau ada taman laa......).