Dihantar Oleh Pada 01 December, 2006
Description

Resepi dari Tok kawan saya (Balqis) di Sungai Dua, Penang.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kilo beras basmathi
  • 1/2 kilo daging
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Sedikit mentega/ minyak sapi
  • 1/2 cawan puri tomato
  • 1 cawan susu cair
  • Sedikit garam
Cara-cara
  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.

  2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.

  3. Basuh beras dan toskan.

  4. Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga di dalam periuk nasi hingga naik bau.

  5. Masukkan beras dan kacau sekejap.

  6. Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.

  7. Bila beras sudah agak kembang, masukkan puri tomato dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.

  8. Hidangkan nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.