Dihantar Oleh Pada 07 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4-5 orang
Description

Masakan harian keluarga.Sedap dimakan dgn nasi panas2.

Share:
Bahan-bahan
  • 300 g sayur bayam - dibersihkan dan potong kecil
  • 2 cawan santan - drpd 1/2 biji kelapa
  • 2 batang cili hijau
  • 3 ulas bawang merah kecil
  • 1 sk jintan manis
  • sedikit kunyit hidup
  • 1 sb udang kering
  • 100 g udang hidup - dibuang kulit
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak masak - untuk menumis
Cara-cara
  1. Tumbuk cili hijau,bawang merah,kunyit,jintan dan udang kering tetapi jangan halus sangat.

  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yg ditumbuk tadi hingga terbit bau lalu masukkan udang hidup,kacau rata dan masukkan pula santan dan garam secukup rasa.Kacau.

  3. Apabila santan mula mendidih,masukkan sayur bayam dan masak sayur hingga lembut.

  4. Siap untuk dihidangkan dgn nasi panas.