Resepi Shepherd's Pie

 Dihantar Oleh Pada 06 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 - 6 orang
Description

Masakan yang mudah, sedap, cepat dan ringkas.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 1/2 lbs daging lembu - dicincang
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • 1 1/2 cawan mix vegetables
  • 6 sudu besar butter
  • 1 sudu teh Worcestershire sos
  • 1/2 cawan stok lembu
  • Garam dan serbuk lada sulah
  • 1 1/2 - 2 lbs kentang US (3 - 4 biji besar)
Cara-cara
  1. Kupas kulit kentang dan belah 4 bahagian. Kemudian rebus bersama air dan garam (lebih kurang 20 minit).

  2. Sementara kentang lembut cairkan 2 sudu besar butter di dalam kuali.

  3. Masukkan bawang besar cincang sehingga 10 minit dalam api yang sederhana. Tambahkan mix vegetable.

  4. Selepas itu masuk daging cincang dan gaulkan sehingga warnanya keperangan tambahkan sedikit garam, serbuk lada sulah dan worcestershire sos.

    data.jpeg
  5. Gaul sebati barulah dimasukkan stok lembu. (Nak buat stok lembu ni guna 1 kiub lembu knorr dan 3/4 cawan air). Biarkan selama 10 minit dan kemudian tambah lagi stok lembu untuk kelembapan.

  6. Bila kentang sudah masak lenyekkan bersama 4 sudu besar butter.

  7. Letakkan bahan masakan daging tadi ke dalam mangkuk kaca tahan oven untuk lapisan bawah. Kemudian letak kentang lenyek di atasnya. Cucuk kentang dengan garfu supaya apabila ianya masak nampak keperangan di atasnya.

    open-uri20151010-29872-1pvylhc
  8. Jika suka taburkan parmesan cheese flakes di atas permukaan kentang. Bakar di dalam oven suhu 200 darjah celcius sehingga nampak menggelegak dan keperangan. Lebih kurang 30 minit. Sedia untuk dihidang.

Tags 
  •   pie