Resepi Ketam Lemak Cili Padi

 Dihantar Oleh Pada 04 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Resepi asal dari ibu, keturunan Peranakan Nyonya Baba. Masakan ni sangat ringkas dan cepat.

Share:
Bahan-bahan
  • 4 ekor ketam
  • 1/2 labu bawang besar dibelah 3
  • 1 batang serai dititik
  • 10 - 15 biji cili padi ditumbuk halus(boleh tambah kalau suka lebih pedas)
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 paket santan segera
  • garam dan ajinomoto secukup rasa
  • Air secukupnya
Cara-cara
  1. Masukkan kedalam periuk - ketam, cili padi, asam keping, serai, kunyit, bawang besar dan sedikit garam. Masukkan air, cukup untuk pastikan ketam tenggelam. Nyalakan api, biarkan mendidih, kacau sekali sekala hingga semua ketam bertukar warna menjadi merah. Masukkan sebuk santan, kacau hinga larut. Kacau berterusan selama 5 - 10 minit. Tambah garam dan ajinomoto secukup rasa. Sedia utk di hidang.