Dihantar Oleh Pada 04 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: boleh ikut kreativiti dan citarasa masing2
Description

Variasi kentang dari dapur orang bujang.

Share:
Bahan-bahan
  • 5 - 7 biji kentang ( saiz kecil atau sederhana)
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 - 2 inci belacan - ditumbuk
  • 50 gm ikan bilis / udang kering - ditumbuk kasar
  • 1 buku kiub ayam maggi / knorr
  • 3 sudu makan cili giling
  • minyak masak untuk menggoreng dan menumis
  • serbuk perasa (kalau perlu)
Cara-cara
  1. Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi kentang tidak hitam.

  2. Apabila siap, cuci semula dan toskan sebentar. Belah kentang kepada 4 atau mengikut saiz kentang.

  3. Rebus kentang sehingga agak empuk bersama 1 buku kiub ayam maggi / knorr. Jangan terlalu empuk supaya tidak hancur.

  4. Setelah kentang empuk / lembut, toskan airnya dan goreng sehingga kekuningan.

  5. Setelah selesai acara menggoreng, tumiskan bahan tumbuk bersama cili giling sehingga agak garing dengan api kecil.

  6. Masukkan kentang goreng dan gaul sebati. Sesuaikan rasa dan angkat.

  7. * Tak perlu bubuh garam sebab kentang sudah direbus dengan kiub ayam dan menggunakan belacan yang sudah sedia berperisa masin.