Sup Telur Simple

Resepi Sup Telur Simple

 Dihantar Oleh Pada 04 November, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang makan
Description

kalau tak ada masa atau idea nak masak, sup telur ni boleh dijadikan hidangan paling ringkas.. anak saya suka sebab tak pedas

Share:
Bahan-bahan
  • 4 biji telur
  • 1/2 biji bawang besar di hiris
  • 2 biji kentang potong 8
  • garam dan ajinomoto
  • minyak untuk menumis
  • 1 kiub ayam/ikan bilis (tak ada pun tak apa tapi jgn masukkan ajinomoto kalau dah gunakan kiub)
Cara-cara
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar yg dihiris hingga betul betul garing (hampir hangus). Masukkan air dan kentang, biarkan mendidih hingga kentang empuk. Masukkan garam secukup rasa. Tambah ajinomoto atau kiub ayam/ikan bilis. Pecahkan 4 biji telur satu persatu. Tutup periuk dan padamkan api. Biarkan 15minit. Sedia untuk dihidang. Kalau suka boleh tambah bawang goreng dan daun bawang untuk hiasan.

Resipi berkaitanLihat Semua
Komen