Dihantar Oleh Pada 30 October, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: sekeluarga (5,6 org)
Description

ni versi mokcik..

Share:
Bahan-bahan
  • 10 tangkai cili kering (yg kerinting tau kalau yg lurus berkilat tu pedas sgt)
  • gula kabung 3 keping (ketuk bg hancur skit supaya senang larut)
  • 5cm belacan bakar
  • 800ml air
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar tepung jagung (bancuh dgn 100ml air)
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar otak udang
  • 3 sudu besar sos cili
  • garam, gula, ajinomoto secukup rasa
  • kacang tanah yg digoreng dan dikisar kasar untuk hiasan
Cara-cara
  1. goreng cili dgn minyak hingga garing

  2. kisar belacan dan cili goreng tadi dengan separuh air sejuk

  3. renih gula kabung dgn baki lagi separuh air tadi hingga gula larut dan masukkan cili kisar biar mendidih

  4. masukkan kicap, sos cili dan otak udang biar mendidih sebentar kemudian masukkan gula,garam dan ajinomoto mengikut rasa anda

  5. setelah puas hati dengan garam gulanya bolehlah masukkan bancuhan tepung tadi untuk memekatkan kuah dan kacau

  6. siap untuk dimakan dan taburkan kacang tanah sewaktu menghidang