Dihantar Oleh Pada 29 October, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Untuk 4 orang
Description

Masakan org2 kampung.. Bahan2 pun senang di dapati..

Share:
Bahan-bahan
  • 600g DAGING TANPA TULANG
  • RM 1.00 REMPAH BASAH MASAK HITAM
  • 1 BUNGKUS KECIL REMPAH TUMIS( yg harga 50 sen )
  • 1 SUDU MAKAN KICAP PEKAT
  • 1 SUDU MAKAN SOS TIRAM
  • 1 SUDU MAKAN KICAP MASIN
  • 1 SUDU MAKAN GULA DAN 2 SUDU TEH PERASA
  • 2 CAWAN MINYAK MASAK ATAU LEBIH IKUT SUKA
  • 1 1/2 CAWAN AIR
  • << BAHAN KISAR>>
  • 1 LABU KECIL BAWANG PUTIH
  • 4 BIJI BAWANG MERAH
  • 4 BATANG SERAI
  • 5 BIJI CILI MERAH & CILI PADI
  • 2cm HALIA
Cara-cara
  1. Potong Daging sederhana kecil,cuci bersih dan rebus terlebih dahulu hingga mendidih.Toskan.. Buang air rebusan.

  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yg di kisar bersama rempah tumis dan rempah masak hitam hingga naik bau wangi. masukkan 1/2 cawan air.

  3. Masukkan daging yang di rebus tadi dan gaul-gaulkan. Perlahan kan api.

  4. kemudian, masukkan kicap masin, kicap pekat, sos tiram, gula dan perasa.(kalau kurang masin, tambahkan lagi kicap masin.). masukkan air sekali lagi jika kekurangan air.

  5. Gaul sebati. Masak sehingga daging benar2 empuk. tambah air jika terlalu kering. (JANGAN TERLEBIH AIR. BUAT MACAM MASAK RENDANG.) :) SELAMAT MENCUBA...

Komen