Resepi Kerabu Pucuk Paku Dengan Kerang

 Dihantar Oleh Pada 28 November, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3 orang makan
Description

Pembuka selera.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ikat pucuk paku
  • Setengah kilo kerang (direbus dan ambil isinya)
  • Kerisik
  • 4 ulas bawang kecil atau 1 biji bawang besar (dimayang halus)
  • 2 batang serai
  • Sedikit bunga kantan
  • Garam dan gula secukup rasa.
Cara-cara
  1. Pucuk paku di potong sederhana dan rendam dalam air panas sekejap sahaja supaya zatnya tak hilang. Kemudian toskan.

  2. Mula-mula satukan bawang yang telah dipotong, serai dan bunga kantan yang dimayang halus serta kerisik sehingga sebati.

  3. Kemudian masukkan pucuk paku dan isi kerang serta garam dan gula secukup rasa.

  4. Bagi mereka yg suka pedas boleh tambahkan cili padi atau cili merah yang dipotong halus ke dalam kerabu tadi. Selamat mencuba. Pasti terangkat.

Komen