Resepi ?Kacang Kuda Berempahâ„¢

 Dihantar Oleh Pada 28 October, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 mangkuk lauk
Description

Sedap dimakan bersama roti tetapi sedap lagi dimakan begitu saja.Kacang kuda berempah ini biasanya dijual oleh orang India.

Share:
Bahan-bahan
  • 200 g kacang kuda - direndam semalaman.
  • 3 sb rempah kari daging*
  • 1 sk serbuk kunyit*
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 biji bawang besar - dihiris halus **
  • 3 tangkai cili kering - digunting serong ** (boleh juga guna cili hijau/merah dipotong serong)
  • 3 pelepah daun kari **
  • 1 sk biji sawi ** (bahan ini saya tk bubuh)
  • garam,gula,perasa secukup rasa
  • sedikit minyak masak untuk menumis.
Cara-cara
  1. Kacang kuda direbus hingga empuk bersama sedikit garam dan 1 helai daun pandan.Toskan.

  2. Kisar halus bahan2 bertanda * dengan sedikit air.

  3. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali dan tumis bahan bertanda ** hingga bawang kekuningan dan masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak.

  4. Masukkan kacang kuda rebus ke dlm kuali dan gaul rata.Tambah sedikit air supaya tidak terlalu kering dan bubuh garam secukup rasa juga gula atau perasa jika suka.Gaul rata2 hingga sebati.Matikan api dan siap utk disajikan.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua