Resepi Masak Lemak Pucuk Ubi

 Dihantar Oleh Pada 22 October, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: utk 4 orang
Description

Dapat dr buku resepi org kampung.. seperti biasanya, telah d ubah suaikan..

Share:
Bahan-bahan
  • * 1 Ikat daun pucuk ubi ( gunting sederhana halus)
  • * 3 tangkai cili merah( kalau nak pedas, 8 tangkai cili padi. he..he..)
  • * 1sm Kunyit hidup
  • * 1 biji bawang merah
  • * 1 ulus bawang putih
  • * 2 sudu makan ikan bilis
  • * 1 keping asam keping
  • * 1 peket serbuk santan( di kacau bersama 1 mangkuk kecil air panas)
  • * 1 batang serai( di titik)
  • * Garam dan bahan perasa
Cara-cara
  1. Tumbuk cili,bwg merah,bwg putih,kunyit hidup dan ikan bilis

  2. panaskan kuali dengan sedikit minyak. tumiskan bhn2 yg d tumbuk tadi hgga naik bau.

  3. tuangkan air santan, masukkan pucuk ubi ,asam keping dan serai, akhir sekali masukkan garam dan bahan perasa.. tamdahkan sedikit air dan biar mendidih. angkat dan hidangkan

  4. Selamat menjamu selera..

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua