Dihantar Oleh Pada 22 October, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Satu keluarga
Description

Resipi turun temurun......

Share:
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam -dipotong ,2 btg serai - dihiris, *6 ulas bwg putih ,*4 ulas bwg merah ,*3 buku halia saiz besar ,1 kuntum bunga kantan -dihiris ,1 ikat daun ubi - digosok2 sekejap dgn tapak tangan, garam dan aji secukup rasa( mesti masin ckit baru sdp, ikut
  • Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
  1. Tuskan ayam yang telah dipotong tadi.

  2. Tumbukkan bahan-bahan yang bertanda *

  3. Gaulkan bahan2 yg ditumbuk tadi ke dalam ayam. Masukkkan serai, bunga kantan, garam dan aji.Gaulkan rata dan rasakan.Biarkan sekejap.(20 mnt)

  4. Masukkan ayam ke dalam buluh.Selang-selikan dgn daun ubi yang telah digosok-gosok tadi. Semasa mengisi ayam tadi, hentakkan buluh tu sikit2 supaya ketulan ayam turun ke bwh.Jangan isi penuh sangat.

  5. Tuangkan sedikit air ke dlm buluh tadi dan tutuplah mulut buluh tu dgn daun ubi atau daup pisang yang telah disimpul.

  6. Bakarlah selama lebih kurang satu jam.Guna kayu api atau arang paling best.Tapi boleh juga guna dapur gas , cuma kena hati-hati dan sandarkan betul-betul pd dinding.Takut jatuh pulak! Ada kes sebenarnya...he..he..

  7. Nota:Bagi yang suka pedas bolehlah gaulkan cili pada ayam...Air perapan ayam tu jangan dibuang,.tuangkan sekali dalam buluh ya..... SELAMAT MENCUBA