Dihantar Oleh Pada 21 October, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 - 3 orang
Description

Simple...peberet husband.

Share:
Bahan-bahan
  • 3 ekor sotong (saiz besar)
  • 1 inci halia - dititik
  • 3 biji bawang putih - dititik
  • 1 batang serai - dititik
  • 5 - 7 biji cili api - dititik
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 1 cawan kicap manis
  • garam & cuka secukup rasa (cuka boleh ganti dgn air asam jawa @ asam keping)
Cara-cara
  1. Sotong dibersihkan & dipotong ikut citarasa.

  2. Tumis halia, bawang putih, cili api & serai hingga wangi.

  3. Masukkan kicap manis ke dalam tumisan tadi. Tunggu sebentar hingga mendidih.

  4. Masukkan bawang yang dihiris dan sotong. Kacau selalu.

  5. Biarkan hingga bawang layu & sotong masak. Sambil tu perasakan dengan garam & sedikit cuka.

  6. **jangan biar sotong masak terlalu lama coz boleh menghilangkan rasa manis & liat bila dikunyah.

Komen