Dihantar Oleh Pada 28 November, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: berganting kpd saiz dish
Description

Ni resipi saya belajar masa belajar kat UK dulu, sangat senang dan sedap.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 bungkus daging/ayam kisar
  • 1 tin sup tomato
  • 1 - 2 tin sup cendawan
  • 1 botol bolognese sauce (jenama maggie dalam paket pun ok tp kena bancuh air/jenama kimball murah)
  • 1 tin cendawan butang
  • Sayuran campur (kalau nak)
  • 1 paket mozarella cheese (beli kat kedai buat kek murah)
  • Herba Itali (kalau nak )
  • Garam dan lada hitam
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 4 ulas bawang putih - potong dadu
  • 1 kotak kepingan lasagna (tak perlu rebus dulu)
Cara-cara
  1. Bawang besar dan bawang putih ditumis.

  2. Masukkan daging/ayam kisar dan goreng sebentar. Masukkan sos bolognese, garam, lada hitam, herba Itali, sayuran campur dan cendawan. Masak hingga hampir kering, jangan terlalu berair.

  3. Sediakan loyang yang nak digunakan dengan menyapu sedikit butter/majerin di keliling.

  4. Taburkan satu lapisan nipis daging kisar tadi di bawah loyang.

  5. Kemudian letak satu lapisan kepingan lasagna. Pastikan seluruh lapisan daging tadi ditutup.

  6. Di atas lapisan kepingan lasagna letakkan satu lapisan sup cendawan.

  7. Di atas lapisan sup cendawan letak satu lapisan sup tomato pula.

  8. Di atas lapisan sup tomato ulangi dengan satu lapisan daging dan ulangi langkah 4 - 7 . Pastikan lapisan paling atas adalah lapisan sup tomato. (jangan buat banyak sangat lapisan nanti tinggi sangat)

  9. Di atas lapisan sup tomato taburkan mozarella cheese (Lagi banyak lagi sedap). Taburkan Herba Itali di atas keju.

  10. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 15 - 20 minit . Nak test kalau dah masak cucuk bahagian tengah hingga ke bawah. Kalau kepingan lasagna tak keras, lasagna sudah masak. Pastikan keju tak hangus!