Resepi Murtabak Maggi

 Dihantar Oleh Pada 27 November, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 ORG
Description

Sedap untuk sarapan pagi atau minum petang.

Share:
Bahan-bahan
  • 2 bungkus maggi
  • 3 biji telur
  • 1 labu bawang besar
  • 1 tangkai daun bawang
  • Garam secukup rasa
  • 1 bungkus perasa maggi
  • 1 biji cili merah
Cara-cara
  1. Mula-mula hiris bawang , cili merah dan daun bawang.

  2. Kemudian rebus maggi sehingga lembut (jgn sampai kembang).

  3. Pecahkan telur dan pukul sehingga kembang serta masukkan secubit garam.

  4. Selepas itu masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam telur (maggi, hirisan bawang, daun bawang, cili merah dan perasa maggi.

  5. Gaul rata bahan-bahan tersebut.

  6. Akhir sekali panaskan kuali dan masak seperti lempeng dan biar kekuningan.

  7. Sedap dimakan ketika masih panas-panas bersama sos.