Resepi Nasi Goreng Ayam Pedas

 Dihantar Oleh Pada 17 October, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 - 3 org
Description

Resepi dari emak

Share:
Bahan-bahan
  • 2 pinggan nasi putih
  • segenggam isi ayam (sedap kalau ayam digoreng dulu dengan kunyit& garam dan diasingkan, saya selalu gula lebihan ayam goreng. Goreng dengan tulang2 skali lagi sedap)
  • 2 sudu cili kering yang telah dikisar (kalau nak pedas lagi boleh letak lebih)
  • 1 biji bawang besar dipotong halus
  • 2 ulas bawang putih dipotong halus
  • 1 atau 2 biji telur (digoreng canai dan diasingkan, kalau malas tak payah pun tak pe masukkan jer telur nanti)
  • Segenggam sayur bayam atau sayur sawi
  • 2-3 sudu besar kicap manis (boleh tambah kalau nak manis sikit)
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan timun (untuk hiasan)
  • Hirisan tomato (untuk hiasan)
  • Daun sup (untuk hiasan)
  • Minyak untuk mengoreng
Cara-cara
  1. Goreng bawang puting dengan bawang besar hingga naik bau dan kekuningan.

  2. Masukkan cili kering dan goreng garing.

  3. Masukkan kicap, ayam dan garam sedikit. Kemudian, masukkan nasi dan gaul hingga sambal dan nasi rata.

  4. Masukkan sayur dan telur dan gaul rata lagi. Rasa nasi goreng, kalau tak cukup garam atau kicap.. tambah secukup rasa.

  5. Tabur daup sup dan hidangkan dengan hirisan timun dan tomato.

Komen