Dihantar Oleh Pada 15 October, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang
Description

masakan bersantan. lauk utama.

Share:
Bahan-bahan
  • 6 ekor udang galah (dibersihkan)
  • 4-5 biji bawang merah rose
  • 3 biji bawang putih
  • 1 bawang besar
  • 3 biji cili api
  • 1/2 sudu kecil ketumbar biji
  • 2 batang serai
  • sayur kacang buncis atau kacang panjang
  • tomato
  • minyak masak untuk menumis dan air
  • 3 sudu besar santan
  • sedikit isi kunyit hidup
Cara-cara
  1. kesemua 3 bahan pertama dan isi kunyit ditumbuk sampai lumat setelah tu masukkan cili api dan ketumbar biji dan tumbuk sekadar pecah sahaja. serai dititik.

  2. ambil sedikit bahan yang ditumbuk dan gaulkan pada udang. perap sekejap. panaskan minyak untuk menumis tu, dalam 2 sudu besar je cukup. kemudian tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sampai wangi dan setelah tu masukkan pula udang. kacau lagi supaya tumisan kita tidak hangus.

  3. kemudian masukkan air sekadar tenggelam udang-udang tu. jangan banyak sangat melainkan kalian nak kuah yang cair. biar menggelegak, kemudian tambahkan garam secukupnya. kalau suka rasa masam-masam skit bley tambah sedikit asam keping. tapi dalam resepi ni saya tak bubuh.

  4. masukkan pula sayur kacang (ini bergantung kepada selera kalian). tak mau bubuh pun tak pe. biar seketika barulah masukkan santan. kecilkan api, kacau selalu. masukkan tomato yang dipotong ikut kesenian masing-masing dan tutup api.

  5. tambah cili api beberapa biji kalau terasa kuah kurang cukup pedas, haaa apa lagi, gigitlah cili api tu!