Resepi Maggie Goreng

 Dihantar Oleh Pada 25 November, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Maggie goreng perisa kari.

Share:
Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 paket Maggie perisa kari
  • 2 paket perencah kari (perencah yang dalam Maggie )
  • 3~4 batang kacang panjang - potong dalam 3~4cm panjang
  • 1/2 batang lobak merah - potong kecil memanjang
  • 2 cawan air
  • Minyak untuk menumis
  • Untuk hiasan:
  • - daun bawang
  • - bawang goreng
  • - cili merah
Cara-cara
  1. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Masukkan telur dan kacau-kacau biar jadi telur hancur. Angkat dan ketepikan.

  2. Ketuk-ketuk bawang putih dan cincang halus. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.. atau nampak perang.

  3. Kemudian masukkan perencah kari yang telah dicampur dengan sedikit air. Tumis sehingga keluar bau wangi.

  4. Masukkan sayur. Kacau-kacau sekejap dan masukkan air. Biarkan mendidih.

  5. Kemudian masukkan Maggie. Patahkan maggie kepada 2 bahagian supaya senang nak lembik. Kacau biar semua serata dan Maggie lembik. Kalau air dah kering tapi Maggie masih lagi keras, bolehlah tambah sedikit air lagi.

  6. Akhir sekali masukkanlah telur hancur tadi. Kacau rata.

  7. Angkat dan hias dengan bahan-bahan hias. Makanlah panas-panas.