Resepi Serunding Kelapa-berdaging

 Dihantar Oleh Pada 06 October, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: Lebih dari 10 orang makan
Description

Resepi dari arwah ibu saya- sesuai di makan bersama ketupat, lepat,lontong..nasi ambang pun ok juga..

Share:
Bahan-bahan
  • Sebiji kelapa di buang kulit ari dan diparut (saya guna kelapa kering 500gm)
  • 300gm daging- di hiris halus
  • 1/2 cawan minyak
  • 1/2 cawan udang kering-di kisar halus
  • *2 labu bawang besar
  • * 3 ulas bawang putih
  • * sehiris lengkuas
  • *1 batang serai
  • *1 inci halia
  • *6 tangkai cili kering - pedas ikut suka
  • * 1/2 cawan ketumbar
  • Kisar bahan *
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Gula & garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Tumis bahan2 yang di kisar

  2. Setelah naik minyak dan bau masukkan daging

  3. Masukkan garam gula & air asam jawa, setelah daging empuk masukkan kelapa parut @ kelapa kering

  4. Gaul hingga rata dan agak kering, angkat dan sedia di hidang...

  5. * Jika x suka letak daging boleh juga. Guna kelapa sahaja...bahan2 tetap sama.. Selamat mencuba..

Komen