Dihantar Oleh Pada 03 October, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang
Description

Membuat lontong goreng drpd lebihan lontong,ketupat dan nasi himpit.Dlm mangkuk tuu...yg akak nga nak mkn...jemput makan semua....

Share:
Bahan-bahan
  • sepinggan lontong,ketupat atau nasi himpit yg telah didadu kasar2
  • 1 senduk cili kisar(lebihkan jika suka pedas)
  • 1 biji bawang besar kisar
  • 3 ulas bawang putih kisar
  • 1 hiris halia kisar
  • 200 g daging/ayam cincang
  • 200 g udang hidup - kupas kulit
  • 3 sb sos tiram
  • 2 sb sos tomato
  • 2 sb kicap manis
  • daun sop,daun bawang - hiris
  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 2-4 biji telur
  • minyak masak utk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan yg dikisar.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan daging /ayam cincang dan udang dan gaul rata dan masukkan sos tiram,sos tomato dan kicap.Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaul lagi.

  2. Masukkan lontong dan gaul hingga sebati dan 1/2 bahagian daun sop,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng,gaul lagi.

  3. Pecahkan telur ke atas lontong goreng dan gaul sebati dan masak hingga lontong bersalut dgn telur hingga kering,kacau sentiasa.

  4. Ketika menghidang,tabur lagi dgn daun sop,daun bawang dan bawang goreng.Sedap dimakan ketika panas atau ketika telah sejuk.