Dihantar Oleh Pada 25 September, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 50 biji atau lebih
Description

Bg yg nak kelainan d hari raya ni...saja nak kongsi resepi ni...bg yg tak pnah buat popia nih...

Share:
Bahan-bahan
  • 1 paket kulit popia
  • 10 biji cili kering(bg yg suka pedas boleh bykkan cili kering)
  • 300gm udang kering/lebih
  • 2 sudu gula/secukup rasa
  • Garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Cili kering & udang kering drendam dlm air suam utk seketika.Kemudian toskan

  2. Kemudian blend udang kering tanpa air.Ketepikan.

  3. Cili kering dblend bersama sedikit air dan gula.

  4. Udang kering yg dblend tadi goreng ats kuali tanpa minyak.

  5. Guna api kecil semasa menggoreng udang hingga kering.

  6. Bila udang sudah hampir kering,masukkan cili secukupnya.

  7. Tambahkan garam secukup rasa.

  8. Gaul sebati hingga masak.

  9. Bila udang tadi sejuk bolehla bentuk popia yg anda suka..Ni 1st sy sendiri buat popia ni mcm ni..Dah siap mengikat semua popia td,goreng la hingga masak.Bolehla makan...