Resepi Apam Balik Crunchy

 Dihantar Oleh Pada 24 September, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang makan petang
Description

Resipi dari internet, but dah diubah suai sedikit, mengikut citarasa tekak sendiri.

Share:
Bahan-bahan
  • 170gm tepung gandum - bancuhan kulit
  • 100gm tepung beras - bancuhan kulit
  • 30gm tepung jagung + sedikit air - bancuhan kulit
  • 2 sudu teh baking powder - bancuhan kulit
  • 1/2 sudu teh baking soda - bancuhan kulit
  • 1/2 sudu teh garam - bancuhan kulit
  • 2 biji telur ayam besar- bancuhan kulit
  • 1 sudu teh vanilla essence - bancuhan kulit
  • 6-7 ozs air - bancuhan kulit
  • 150 gm gula pasir - inti
  • 120 gm mentega cair - inti dan untuk sapu supaya kulit tak melekat
  • 1 1/2 cawan kacang tanah tumbuk - inti
  • 1 cawan jagung ( saya guna creamy canned corn) - inti
Cara-cara
  1. Sapu mentega cair atas kuali,supaya kulit apam balik tak melekat. Tuang 1/2 senduk besar bancuhan di tengah2 kuali dan pusing bagi rata.

    open-uri20151010-29872-k4nytb
  2. Bila dah rata (bancuhan jangan tebal sangat ) boleh masukkan gula, kacang tumbuk, jagung dan mentega 1/2 - 1 sudu teh.

    open-uri20151010-29872-1wzg4zd
  3. Bila kulit tepi dah garing, boleh angkat dan terus lipat.

    open-uri20151010-29872-waw494
  4. Pastikan tutup adunan dgn penutup periuk di atas dapur, semasa menunggu masak.Selalunya masak sekejap saja, dalam 2-3minit.

  5. Bahan untuk adunan saya guna blender saja untuk adunkan semua sebati. Selepas blend,saya guna penapis untuk tapis yang tidak sebati dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 3 jam sebelum masak. Tapi saya tinggal semalaman, keesokanny baru buat. Resipi ni boleh buat untuk 15- 18 keping apam balik crunchy.

Tags 
  •   apam
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua