Resepi ?Biskut Gajusâ„¢

 Dihantar Oleh Pada 21 September, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 150 kpg atau lebih mengikut acuan.
Description

Biskut raya,mudah untuk membuatnya.

Share:
Bahan-bahan
  • 225 g mentega - lembut
  • 140 g gula icing - ayak
  • 1 biji kuning telur
  • 140 g gajus - panggang dan kisar halus
  • 380 g tepung gandum - ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk emplex atau lacinta (jika tk ada tk apa)
  • 1 sk serbuk vanilli/esen vanilla
  • secukup kuning telur - utk sapu
  • secukup kacang gajus panggang - belah dua, utk hiasan
Cara-cara
  1. Mentega dan gula dikacau hingga sebati dan masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga rata.Masukkan pula vanilli,emplex,baking powder,gajus kisar dan kacau sebati lagi.

  2. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan boleh dibentukkan.Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti buah gajus,hias dgn 1 biji kacang gajus sebagai tangkainya.Susun atas dulang pembakar dan sapu kuning telur di atasnya.

    open-uri20151010-29872-7vyty0
  3. Doh juga boleh dicanai dan diterap ikut acuan yg digemari,sapu kuning telur dan hias dgn kcg gajus.

    open-uri20151010-29872-1kbvf39
  4. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga kekuningan.

  5. Sejukkan biskut di atas redai dan simpan dlm bekas kedap udara.