Resepi Popia Otak-Otak

 Dihantar Oleh Pada 19 September, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 3 4 org
Description

kwn asben beli kat bazaar ramadhan, asben suka, so try buat sendirik.. best bg peminat otak-otak

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kg isi ikan tenggiri (dibersihkan dan ambil isinya)
  • 3 sb santan pekat
  • 2 biji telur ayam (dipukul sedikit)
  • 80gm tepung ubi
  • +- 4 sb myk masak
  • garam, gula@perasa secukupnyer
  • BAHAN-BAHAN SAMBAL
  • 5 sb cili kisar (kurgkan kalw x suka pedas)
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 sb belacan
  • 4 biji buah keras
  • 1' halia
  • 1' kunyit hidup
  • 1" lengkuas
  • 4 batang serai
  • 2 sb rempah kari ikan
  • *blend semua bahan-bahan sambal di atas
  • 1 sb air asam jawa (optional)
  • utk kulitnya : beberapa keping kulit popia
Cara-cara
  1. panaskan minyak, tumis bahan-bahan yg dikisar tadi. gorengkan sampai sedikit garing. biarkan sejuk

  2. goreng hingga sambal sedikit garing dan menjadi pekat. tutup api dan biarkan sejuk.

  3. setelah sejuk, ambil isi ikan, telur, santan dan tepung, gaulkan sedikit demi sedikit dalam sambal tadi sehingga sebati dan mesra. (gaul secara bperingkat, dmulai dgn ikan, then telur, santan, n akhir sekali tepung. jgn masuk semua sekaligus)

  4. kemudian amik kulit popiah, letakkan sedikit otak-otak, bungkus seperti nak buat popia biasa. dan gorengkan.

  5. *******lebihan otak2 yg dgunakan boleh lah d simpan dlm tupperware bbentuk 4 segi n dibekukan..