Resepi Puding Laici Bersusu

 Dihantar Oleh Pada 24 November, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: erm..banyak la jugak..
Description

Sesuai dijamu pada waktu petang atau parti/jamuan.

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan-bahan puding: 1/2 paket agar-agar (bukan agar serbuk tau!)
  • 7 tin air (saiz tin susu pekat manis besar)
  • 1 tin susu pekat manis saiz besar
  • 1 tin susu sejat Ideal
  • 1 tin susu segar ( saiz tin susu pekat manis besar )
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Gula secukup rasa
  • Bahan-bahan 'topping':
  • 1 tin laici (jangan buang airnya)
  • 1/2 cawan kordial laici
  • Gula dan air secukup rasa
Cara-cara
  1. Cara-cara buat puding:

  2. Masak agar dengan air sampai hancur. Masukkan susu sejat Ideal, susu pekat manis, susu segar dan esen vanila.

  3. Masak hingga mendidih. Selepas itu tuang ke dalam bekas puding ataupun bekas-bekas kecil.

  4. Apabila puding sejuk dan keras, tuangkan 'topping' dan sosnya ke atas puding.

  5. Cara-cara buat 'topping':

  6. Hiris laici kecil-kecil. Masak airnya bersama air, kordial laici dan gula.

  7. Masak di dalam periuk ataupun kuali sehingga pekat (jangan terlalu pekat).

  8. Apabila suam-suam kuku, tuangkan ke atas puding yang telah sejuk dan keras itu.

  9. Masukkan puding di dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!!