Resepi Sotong Sumbat Pulut

 Dihantar Oleh Pada 15 September, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 4 orang
Description

Masakan ini ada yang dimasak manis sebagai dessert tapi saya kurang gemar. Resepi ini dari ibu dan kami sekeluarga amat menggemarinya...

Share:
Bahan-bahan
  • 6 @ 7 ekor sotong puteh
  • 5 biji lada hitam (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 10 biji halba
  • 2 hiris halia
  • santan dari 1/2 biji kelapa
  • 250 gram beras pulut (direndam 1/2 jam)
  • garam & gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Sotong dibersihkan dan diambil bahagian badan sahaja.

  2. Isikan beras pulut (jangan terlalu buncit). Kemudian sematkan.

  3. Masukkan santan ke dalam periuk. Kemudian masukkan sotong.

  4. Masukkan juga lada hitam, bawang, halba dan halia.

  5. Masakkan hingga mendidih. Kemudian perisakan dengan garam dan gula.

  6. Biarkan mendidih hingga kuah agak pekat.