Resepi Petai Jeruk

 Dihantar Oleh Pada 07 September, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2-3 papan petai
Description

Popular di kg negri sembilan. Selera org lama.. Tapi awas! Baunya kuat, tapi sedap bila di buat ulam atau digulai semula. Sesuai untuk recycle petai-petai lama daripada hitam atau terbuang sahaja.

Share:
Bahan-bahan
  • Petai lama atau baru. Yang dah layu hitam2 pun boleh pakai lagi.
  • Garam
  • Botol kosong
Cara-cara
  1. Didihkan air dalam periuk, rebus petai dengan kulit-kulit sekali sampai layu.

  2. Buang air rebus. Picit petai keluar dari kulit. Petai direbus tadi licin dan senang keluar.

  3. Guna air masak kacau 2-3 sudu besar garam atau ikut bnyk petai. Masukkan petai dalam botol, tuang air garam sampai tenggelam dan tutup kemas. Siap dipakai dlm seminggu dua atau ikut rasa.

  4. Petai jeruk ni bau air jeruknya ya robii memang pekung sebelum guna bilas dulu. Digulai semula dengan ikan lemak cili padi memang terangkat!

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua