Dihantar Oleh Pada 07 September, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-8 biji -bergantung saiz cili
Description

Sedap dimakan dengan nasi kerabu.

Share:
Bahan-bahan
  • 5-8 biji cili hijau
  • 3-4 ekor ikan kembung- rebus ambil isinya
  • 1/2 cawan kelapa parut putih
  • 3-4 biji bawang merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Cili hijau dibelah tengah dan rendam dalam air.

  2. Tumbuk lada hitam,isi ikan dan bawang merah bersama kelapa parut putih. Tapi jangan terlalu lumat.

  3. Perasakan dengan garam dan gula.

  4. Ambil cili yang telah di belah tadi dan sumbatkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam cili. Buat hingga habis.

  5. Susunkan cili yang telah disumbat tadi ke dalam periuk dan tuangkan santan. Rebus hingga cili agak layu.

  6. Angkat dan bolehlah dihidangkan