Dihantar Oleh Pada 06 September, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 orang
Description

Hasil percubaan sendiri yang ingin dikongsikan.

Share:
Bahan-bahan
  • 500 gm daging -rebus & ambil airnya (sekiranya suka berkuah)
  • 2 labu bawang besar- di hiris kasar
  • 5 ulas bawang putih -di tumbuk halus
  • 2 inci halia - di tumbuk halus
  • 4 sdb sos tiram
  • 2 sdb kicap- ikut suka
  • 4 sdb sos tomato
  • 2 sdb cili kisar
  • Lada bengala/lada besar merah @ hijau -dihiris
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 1 sdb perwarna merah- ikut suka nak merah macamana
Cara-cara
  1. Tumis bawang putih dan halia, masukkan lada kering, setelah naik minyak, masukkan sos,sos tiram,kicap dan pewarna merah. Masukkan daging dan garam. Gaul rata.

  2. Tambahkan air rebusan daging tadi jika inginkan sedikit kuah.

  3. Masukkan carrot, lada bengala dan bawang besar.

  4. Sedap di makan dengan sambal belacan. Selamat mencuba...