Dihantar Oleh Pada 06 September, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: untuk seberapa banyak satay yg ada
Description

Disajikan bersama satay goreng dan juga satay biasa.

Share:
Bahan-bahan
  • 300 g kacang tanah - sangar dan kisar kasar
  • 100 g gula pasir
  • 150 g gula merah
  • 40 g asam jawa
  • 1 sk garam dan 1 sk kunyit serbuk
  • 2 biji buah keras*
  • 1 sb ketumbar biji - sangar*
  • 1 sk jintan kasar - sangar *
  • 1 sk jintan halus - sangar *
  • 2 hiris lengkuas *
  • 2 hiris halia muda *
  • 20 tangkai cili kering *
  • 7 ulas bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih *
  • 7 batang serai - hiris *
  • 20 g udang kering *
  • 1 cawan minyak masak
Cara-cara
  1. Satukan gula merah dan asam jawa,diramas dgn secukup air utk mendapatkan 500 g air asam, bancuh kacang tanah kisar dan gaul rata.

  2. Kisar halus bahan2 bertanda *

  3. Panaskan minyak di dlm periuk dan tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan gula,garamdankunyit serbuk dan kacau rata.

  4. Masukkan bancuhan air asam dan kacang tadi ke dlm bahan yg ditumis. Masak atas api perlahan hingga keluar minyaknya.