Resepi Tomyam Tanpa Perencah

 Dihantar Oleh Pada 05 September, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: sekeluarga makan
Description

TomYam yg mudah dibuat, tak perlu pakai perencah tomyam.

Share:
Bahan-bahan
  • 2 keping dada ayam dan beberapa ekor udang (jika suka)
  • *2 biji tomato masak
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 labu bawang besar
  • *2-3 hiris lengkuas
  • *3-5 biji cili padi
  • (bahan2 bertanda * dikisar)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • 1 biji limau nipis (diperah airnya)
  • 2 keping asam keping
  • Sayur-sayuran : bunga kobis, tomato hijau, batang seleri, carrot dan sebiji bawang besar di mayang kasar). Ikut suka nak banyak mana, kalau suka sayur letak le byk sket
  • Lebih kurang seliter air,serta gula dan garam secukup rasa.
Cara-cara
  1. Tumis bahan kisar, kemudian masukkan ayam.

  2. Masukkan air, ikut nak berapa banyak kuah, agak-agak satu family makan le

  3. Masukkan daun limau purut, serai dan asam keping

  4. Bila mendidih masukkan gula dan garam secukup rasa, kemudian masukkan perahan air limau nipis. Sesudah itu masukkan hirisan bawang besar

  5. Masukkan semua sayuran. Biar seketika.Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas

Tags 
  •   Lauk
  • Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua