Resepi ?Bokhara - Mutton Baked Beansâ„¢

 Dihantar Oleh Pada 05 September, 2008
Kategori: 
Masakan: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 5-6 orang
Description

Masakan Arab,resipi pemberian teman yg pernah tinggal lama di Jordan.Sesuai di makan dgn roti dan dihidang bila2 masa saje.

Share:
Bahan-bahan
  • 1/2 kilo daging kambing - di potong kecil,cuci dan toskan
  • 2 tin besar Baked Beans in tomato sauce
  • 10 tangkai cili kering * (lebihkan jika suka pedas)
  • 1 biji bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1/2 jari halia *
  • minyak sapi secukupnya
  • beberapa keping telur mata lembu
  • roti putih atau roti perancis
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Kisar bahan2 bertanda* hingga halus.

  2. Di dlm kuali, panaskan 3 sb minyak sapi dan goreng daging hingga empuk.Angkat dan ketepikan.

  3. Panaskan lagi secukup minyak sapi dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.Masukkan daging goreng tadi dan gaul rata.

  4. Masukkan Baked Beans dgn sosnye sekali dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.Kacau supaya sebati dan masak lagi 10-15 min di atas api yg kecil.Kacau sekali2,supaya dasarnya tk hangit.

  5. Hidangkan Bokhara dgn telur mata lembu dan sedap dimakan dgn roti.

  6. Bagi yg tidak sesuai dgn minyak sapi dan daging kambing,boleh gantikan dgn minyak masak dan daging lembu.

Resipi Anda Boleh LikeLihat Semua