Dihantar Oleh Pada 05 September, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: loyang 10x10 inc.
Description

Resipi lama yg tlh diubah suai menggunakan agar2 serbuk dan santan kotak

Share:
Bahan-bahan
  • 1 peket agar2 serbuk
  • 200 g gula melaka
  • 50 g gula pasir
  • 1000 ml air
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 1 kotak kecil santan - (saya guna santan Kara 200 ml)
  • 3 biji telur
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Masak gula melaka,gula pasir dan daun pandan dgn 1/2 bahagian air hingga mendidih dan gula larut. Tapis.

  2. Santan,telur dan garam di pukul rata dgn garfu.Ketepikan.

  3. Di dlm sebuah periuk, masukkan agar2 dan 1/2 bahagian air lagi dan kacau dan masukkan air gula tadi,masak hingga mendidih dan tuangkan campuran santan tadi dan kacau sekali dua aje. Biarkan adunan terus mendidih lagi hingga campuran santan nampak timbul berketul2 dipermukaan. Kacau rata2 dan matikan api.

  4. Tuang agar2 ke dlm loyang atau acuan2 kecil dan sejukkan. Simpan di dlm petisejuk sebelum menghidangkannya.

  5. Pastikan loyang atau acuan2 dibasahkan dgn air sebelum menuang agar2, tujuannya ialah supaya agar2 mudah dikeluarkan.