Resepi ?Nagasari Cendolâ„¢

 Dihantar Oleh Pada 04 September, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 30 - 40 kpg
Description

Kuih nagasari yg tlh diubah-suai.Sesuai dijadikan juadah berbuka dan dimkn sejuk.

Share:
Bahan-bahan
  • 400 g cendol - dicuci dan ditapis
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sb tepung Hoen Kwee
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 st garam
  • 1,700 ml santan - drpd 2 biji kelapa (saya guna 500ml santan Kara+1,200ml air)
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • daun pisang utk membungkus - dipotong dan disalai
Cara-cara
  1. Satukan tepung2,gula,garam,santan dan daun pandan di dlm periuk dan kacau rata. Masak atas api yg sedehana panasnya hingga pekat dan licin.

  2. Setelah itu masukkan cendol dan masak lagi hingga rata.Matikan api dan keluarkan daun pandan.

  3. Ambil 3 sb adunan dan bungkus dlm daun pisang yg disediakan tadi.Buat hingga habis. sejukkan pd suhu bilik dahulu.

  4. Masukkan dlm peti sejuk sebelum dihidangkan.

  5. Adunan ini juga boleh dibubuh dlm mangkuk2 plastik yg kecil.