Dihantar Oleh Pada 22 November, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 25-30 biji
Description

Cara paling mudah untuk buat donat.

Share:
Bahan-bahan
  • 1 kilo tepung gandum
  • 1 paket yis (jenama Mauripan)
  • 1 1/2 mug air suam
  • 1 sudu kecil gula
  • 5 sudu besar marjerin Planta
  • 1 sudu besar kentang lecek
  • Gula halus/gula aising
Cara-cara
  1. Bancuh yis dengan air suam dan gula.

  2. Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang.

  3. Gaul tepung, susu tepung, dan Planta hingga berderai (jadi ala-ala berserbuk).

  4. Masukkan bancuhan yis tadi.

  5. Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat sikit kat tangan, tapi teruskan menguli hingga dah tak melekat lagi.

  6. Biarkan doh naik sebentar baru canai untuk diterap guna acuan donut.

  7. Biar naik lagi, kemudian baru goreng.

  8. Bila warna donut tu cantik, perang sikit, baru angkat dan toskan minyak.

  9. Gaul dengan gula atau tuang coklat.