Resepi Lokan Goreng Pedas

 Dihantar Oleh Pada 01 September, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 2 orang makan
Description

dulu masa kecik selalu makan, sekarang susah nak carik lokan ni..

Share:
Bahan-bahan
  • 10 biji lokan
  • 2 ulas bawang merah-dimayang
  • 2 ulas bawang putih-dimayang
  • sedikit halia-dimayang
  • 2 sudu cili boh
  • garam gula secukup rasa
Cara-cara
  1. lokan dibersihkan, memang susah sikit nak ambik isi lokan ni..basuh isi dia bersih - bersih, kalau tak rasa macam berpasir gitu. letak tepi dulu.

    open-uri20151010-29872-cv6hoi
  2. dengan menggunakan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.

  3. bila dah wangi masukkan cili boh, biar cili boh masak dulu baru masukkan isi lokan.

  4. perasakan dengan garam dan gula

  5. makan dengan nasi panas - panas...sedap wooo!!

Komen