Dihantar Oleh Pada 21 November, 2006
Masa penyediaan: 
Hidangan: 6 orang
Description

Masakan cara Thai...

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan A ** semua bahan A dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Bahan B *** campurkan semua bahan B jadikan sos
  • 2 sudu besar - sos cili
  • 1 sudu besar - sos tomato
  • 2 sudu besar - pes tomyam
  • 2 sudu besar - kicap cair
  • 2 sudu besar - kicap manis
  • 1 biji air perahan limau nipis
  • Daun sup (dihiris nipis)
  • Isi ayam (dipotong dadu) - diambil dari 1/2 ekor ayam
  • 2 batang serai - dititik
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 biji lada bengala/capsicum (dibelah 4)
Cara-cara
  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan Bahan A hingga wangi. Kemudian masukkan Bahan B dan tumiskan.

  2. Masukkan isi ayam, serai dan daun limau purut.

  3. Masak lebih kurang 10 minit dengan api perlahan dan kacau-kacau...

  4. Akhir sekali masukkan lada benggala/capsicum...

  5. Selamat mencuba.. sekali cuba pasti nak lagi.. hehehe!