Dihantar Oleh Pada 26 August, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 8-9 inchi bulat
Description

Dari buku koleksi oleh Cik Zubaidah. Along kasi resipi ni 5 bintang sbb tekstur dan rasa yg paling best.

Share:
Bahan-bahan
  • 100g Serbuk Koko*
  • 250g Gula Kastor
  • 1 tin Susu Isian Cair*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum
  • 1 st Bic Soda
  • 1st Baking Powder
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.

  2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.

  3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.

  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.

  5. Untuk ganache atas kek lihat resipi dari hana6877: resipi no. 4580

  6. Untuk buttercream kat tepi, pukul 125g Butter, 125g majerin & 80g Gula ising. Bila dh sebati campur 100g coklat yg telah di cairkan.

  7. Ini rupa isi kat dalam. Warna nya coklat gelap tapi ni guna flash nampak terang sikit warna nya.

    open-uri20151010-29872-1001597