Resepi Coklat Cheesecake Kukus

 Dihantar Oleh Pada 22 August, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 biji kek
Description

Biasa di panggil Marble Coklat Cheesecake & selalu nyer dibakar tapi kali ni main Kukus plak...

Share:
Bahan-bahan
  • Bahan A:
  • 180 gram mentega
  • 20 gram serbuk koko, diayak
  • 170 gram gula kaster
  • 3 biji telur
  • 120 gram tepung naik sendiri, diayak
  • 1 sudu teh baking powder, diayak
  • Bahan B
  • 250 gram krim keju (Phildelaphia)
  • 60 gram gula kaster
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji telur
Cara-cara
  1. -Pukul butter and gula.

  2. -Masukkan telur sebiji demi sebiji.

  3. -Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.

  4. -Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.

  5. -Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.

  6. -Tuangkan baki adunan A.

  7. -Masukkan ke dlm acuan dan kukus - selama 60 mins.(atau sehingga masak)

  8. -Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidangkan.

Komen