Dihantar Oleh Pada 22 August, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: +-250-300 kpg cupcake kecil2
Description

Resipi yg tk mengguna banyak bahan dan tk menggunakan telur dlm adunan. Kalau membeli di luar harganya sangat mahal...ape kate cube resipi ini...berbaloi membuatnye...

Share:
Bahan-bahan
  • 200 g badam cincang - dipanggang
  • 150 g gula icing -diayak (1 1/3 cwn)
  • 300 g tepung gandum - diayak (2 3/4 cwn)
  • 250 g mentega/majerin - lembut (1 buku)
  • 50 g serbuk koko - diayak (1/3 cwn + 1 sb)
  • Secukup choc. cair - utk topping
  • aluminium cupcake yg kecil2 (seperti dlm gambar)
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua 5 bahan pertama di atas didlm sebuah mangkuk dan uli menggunakan jari sampai sebati hingga menjadi doh.

  2. Ambil sedikit adunan dan bubuh ke dlm mangkuk alum.(1/4 paras aje,krane ia akan mengembang) dan bakar selama 10 min. pd suhu 150C.

  3. Keluarkan dari oven dan sejukkan. Pastikan biskut yg siap tidak penuh hingga ke permukaan mangkuk dan mempunyai sedikit ruang utk topping choc. Seandainye biskut penuh kerana mengembang,cepat2 tekan ke dlm sedikit ketika panas. Sejukkan.

  4. Tuang topping choc. ke atas biskut. Masukkan biskut yg bertopping ke dlm freezer sebentar setakat utk membekukan choc. cair tadi aje.

  5. Susun biskut di dlm bekas kedap udara dan jika ingin memakannya sejuk, simpan di dlm peti ais bahagian chiller.

  6. ***Jika menggunakan aluminium cups,susun alum. cup berisi adunan di atas dulang pembakar dahulu dan bakar hingga masak.

    open-uri20151010-29872-442i0u
  7. ***Jika menggunakan paper cups pula,bubuh paper cups di dlm mangkuk alum. atau alum. tray dan bubuh pula adunan dan bakar,ini supaya apabila biskut mengembang paper cups tidak ikut mengembang kerana telah dialas dgn mangkuk alum/alum. tray.

    open-uri20151010-29872-1u8i1hf