Resepi ?Biskut Sujiâ„¢

 Dihantar Oleh Pada 20 August, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: + - 350 kpg kecil2
Description

Biskut suji yg tidak menggunakan tepung suji.Resipi utk dikongsi bersama.Seandainya 1 adunan terlalu banyak, cubalah 1/3 adunan dahulu.Biskut suji ini garing dan kosong dlmnya setelah dibakar.

Share:
Bahan-bahan
  • 600 - 800 g tepung gandum - ayak
  • 500 g gula serbuk/icing - ayak
  • 500 g minyak sapi - yang berkualiti
  • 1/2 sk serbuk vanilli
  • 1 sk bicarbonate of soda - ayak
  • 3 biji kuning telur
Cara-cara
  1. Gula dan minyak sapi digaul hingga rata.

    open-uri20151010-29872-1i013la
  2. Masukkan kuning telur dan gaul lagi dan masukkan juga vanilli dan b. soda dan gaul lagi hingga sebati.

    open-uri20151010-29872-1fn0a0j
  3. Masukkan tepung sedikit2 sambil diuli hingga boleh dibulat2kan.

    open-uri20151010-29872-4t3yo4
  4. Bulat2kan adunan sebesar guli2 kecil dan atur di atas dulang pembakar dan jarak2kan sedikit kerana suji akan mengembang.

    open-uri20151010-29872-ptz84o
  5. Bakar pd. suhu 150C. selama 10-12 min. atau hingga masak mengikut kepanasan oven masing2.

    open-uri20151010-29872-13kvo20
  6. Biarkan biskut sejuk di atas dulang pembakar dan simpan di dlm bekas yg kedap udara setelah biskut sejuk.

  7. **Utk pengetahuan bersama...Adunan suji ini cepat kering jika terlau lama terdedah dan berderai...saya menggunakan sudu penyukat yg bulat dan kecil (size 1/2 tsp) atau pengorek buah dan dialas dgn plastik yg nipis sebagai acuan.

    open-uri20151010-29872-9k96wt