Dihantar Oleh Pada 19 August, 2008
Kategori: 
Masa penyediaan: 
Hidangan: 1 family @ 2 tin biskut
Description

makanan simple kegemaran anak2....

Share:
Bahan-bahan
  • tepung gandum 1kg
  • udang kering dikisar 5-6 sb
  • cili serbuk@cili boh 1sb(kalau nak pedas leh tambah lg)
  • garam 1sk
  • setangkai daun kari dihiris halus
  • ketumbar kisar 1sb
  • jintan halus kisar 1sb
  • telur 1 biji
  • minyak 5sb (dipanaskan)
  • air sejuk dalam peti ais
  • minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. campurkan semua bahan , masukkan air sikit2 dan uli sebati hingga doh tidak melekat tangan. cam nak wat karipap.

  2. rehatkan doh 10-15min

  3. bulatkan doh kecik2 dan leperkan

  4. gelek doh kat mesin mi guna no 1. sampai nipis

  5. kemudian gelek pulak kat bhagian mi besar. buat sampai habis

  6. goreng guna api sederhana sampai keperangan. siap.

  7. lagi sedap kalau disira pedas (untuk anak2 x sesuai la...)